Monday, September 10, 2018

ONEXOX BLACK

Apakah itu ONEXOX BLACK?

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih tipikal anda, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih di dalam industri telekomunikasi.

Bukankah lebih baik jika kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa ke hadapan selamanya! #BURNPROOF

Ini juga bermaksud anda bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

Apakah perbezaan antara ONEXOX BLACK dengan Pelan Mudah Alih Konvensional yang lain?

  • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
     
  • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
     
  • 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Boleh!

Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?

Terdapat 4 jenis pendaftaran BLACK iaitu :
  • MNP (Kekal Nombor Lama)
  • Starter Pack
  • Nombor Baru
  • Change Of Business Plan (COBP)

Anda boleh dapatkan ONEXOX BLACK daripada pengedar ONEXOX.



PENGGUNA BAHARU :

  • Pendaftaran menggunakan Pek Permulaan ONEXOX atau nombor baru dari 'Black Bucket'
  • Boleh kekalkan nombor sedia ada yang anda gunakan sekarang (MNP)
 Daftar ONEXOX Black (Pengguna Baru)

PENGGUNA SEDIA ADA (ONEXOX PREPAID) :

  • Menaiktaraf dari pelan ONEXOX Prepaid ke pelan ONEXOX BLACK dengan cara COBP.
 Daftar ONEXOX Black (Pengguna Sedia Ada)

Apakah Pelan ONEXOX BLACK yang boleh dipilih untuk melanggan? Adakah perlu buat sebarang pembayaran?

Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.

Sila rujuk jadual:

PELANDATAMINIT PANGGILANSMSBAYARAN BULANANBAYARAN PENDAHULUANKONTRAK
B101GB20 MIN-RM10RM10TIADA
B396GB50 MIN50RM39RM39TIADA
B5912GB100 MIN100RM59RM59TIADA
B8918GB200 MIN200RM89RM89TIADA
B14930GB300 MIN300RM149RM149TIADA


Saya seorang pelanggan ONEXOX Prepaid dan mempunyai kredit RM100 dalam akaun prepaid saya. Adakah kredit saya akan 'burn' sebaik sahaja saya naik taraf ke pelan ONEXOX BLACK?

Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.

Apakah Manfaat mendaftar pelan ONEXOX BLACK ini?

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
  • Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dipindah milik.
  • Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak digunakan automatik dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
  • Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
  • Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
  • Pembayaran bil yang sangat mudah - Melalui tambah nilai (topup), online banking (selfcare), pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, atau secara auto debit (hubungi 12273 untuk proses pendaftaran dan pengesahan).

Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Loyalty Point͛
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Tempoh sah
  • SMS Percuma
  • Data yang telah diaktifkan

Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?

Maksimum 100GB.

Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.

Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.

Bolehkah saya membayar lebih daripada pra-pembayaran 'diperlukan' apabila saya melanggan pelan ONEXOX BLACK?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pra-pembayaran tambahan lebih daripada harga pelan ONEXOX BLACK yang ingin dilanggan. Ia akan dibawa ke hadapan dan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK yang melanggan B39 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM49, RM10 tambahan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya selagi mereka tidak menggunakan RM10 pada bulan semasa.

Jika saya melanggan pelan B59 dan membuat pra-pembayaran terus selama 12 bulan (RM708), adakah saya akan menerima Data, Minit Panggilan dan SMS pelan ONEXOX BLACK yang saya pilih dalam satu masa?

Kuota data, minit panggilan dan SMS akan diberikan secara bulanan untuk semua pelan ONEXOX BLACK apabila kitaran pembaharuan bulanan berlaku.

Contohnya, jika pelanggan ONEXOX BLACK melanggan B59 pada 1 Ogos 2018 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM708 (untuk 12 bulan), pelanggan tidak akan menerima kuota penuh (144GB, 1200 minit, 1200 SMS) secara sekaligus. Tetapi akan menerima kuota bulanan yang telah ditetapkan pada setiap 1 haribulan (mengikut tarikh mula melanggan).

Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?

  • Untuk Minit Panggilan, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.

    Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi Happy Hour (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
     
  • Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
  • Untuk data, tiada kadar pay per use dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.

    Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
     
  • Anda juga boleh beli Pakej Add-On Data. Kesemua data adalah #BURNPROOF.


    BLACK ADD-ONHARGAKOD LANGGANANSMS KE
    1GBRM10Add 1GB23388
    2GBRM18Add 2GB23388
    5GBRM40Add 5GB23388

Bolehkah pengguna ONEXOX BLACK membeli pakej Season Pass dan promosi Happy Hour?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membeli pakej Season Pass dan promo Happy Hour kami sekiranya mereka memerlukan data/minit tambahan, dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.

Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.

Adakah saya perlu mengaktifkan data secara manual sebaik sahaja saya membeli sebarang pakej Season Pass, promo Happy Hour, atau Add On?

Tak perlu! Sebaik sahaja anda membeli mana-mana pakej Pass Season, promo Happy Hour atau Add On, data akan disimpan dalam akaun ONEXOX BLACK dan aktif secara automatik. Jadi, tidak perlu mengaktifkan data secara manual dari kaunter Season Pass.

Adakah terdapat Penyata Bulanan dalam bentuk Salinan Digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?

  • Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa sebarang bayaran.
  • Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2018?

Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2018.

 Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan seterusnya. Contoh: Daftar pada 29 Mac 2018, penyata akan diterima pada 1 Mei 2018.

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.

Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?

  • Pembayaran Online melalui Portal Self Care XOX
  • Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
  • Pembayaran debit terus (auto debit) :
    Hubungi 12273 atau kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
     Pendaftaran memerlukan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan / Passport
     Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
  • Pembelian baucar tambah nilai di :

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan Data, Minit Panggilan dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
  • Digantung: Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
  • Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid dengan nombor yang sama
  • Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ͚loyalty point͛) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.
  • Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan ONEXOX Prepaid.

Dapatkan ONEXOX BLACK Sekarang!