Tuesday, September 11, 2018

FAKTA BUKAN AUTA??


Lantak la korg nk ckap pe pun..aku dulik hape..ini sebab/fakta aku pilih brsama
ONEXOX dan memghasut org luar sane berjimat..

Sekarang ni memang zaman perang telco. Masing-masing bersaing nak bagi murah, unlimited, dan free. Tapi ada yang mungkin ramai tak nampak. Free dan unlimited, apa yang disembunyikan? Betul ke plan unlimited dan free membazir?

Pertama sekali benda yang ramai orang tak perasan dengan pakej unlimited dan free oleh telco-telco di Malaysia ni adalah jumlah data yang ditawarkan.

Baik.

Biasanya telco-telco ni bagi jumlah yang besar. 45 Gigabyte contohnya.

Besar kan?

Selalunya ramai orang jarang baca terma dan syarat bagi tawaran-tawaran oleh telco ni. Asalkan datanya besar dah kira untung. Maklumlah, bayar RM50 je dapat 45Gb.

🔴PELAN UNLIMITED DAN FREE ADALAH MEMBAZIR🔴
Antara yang biasa dimanipulasi di sini adalah speed data yang diberikan. Ada telco yang hanya bagi speed 5mbps sahaja.

Selain tu ada juga yang menghadkan waktu penggunaan data yang diberikan. Contohnya, tawaran PERCUMA data berkelajuan tinggi 30Gb setiap bulan.

Tapi rupanya 1gb setiap hari. Itupun hanya pada jam-jam tertentu sahaja. Contohnya dari 1 tenghari ke 7 petang sahaja. Kalau tak guna kira burn.

Persoalannya;

Berapa ramai yang guna Data internet pada waktu-waktu yang telah ditetapkan? Kebanyakan user internet sekarang adalah 24 jam. Dalam tandas pun masih pegang smartphone. Kan? 🙂

Berapa ramai yang betul-betul guna 1Gb pada waktu yang ditetapkan?

🔴RULES MENGARUT🔴
Kesian pada mereka yang tunggu waktu-waktu tertentu sahaja untuk menggunakan data free tu.

“Tunggu pukul 1 la baru boleh layan youtube,”

Itu satu contoh.

Mungkin ada yang tak kisah pun dengan rules camni.

Takpe,

Saya teruskan ke bab unlimited pulak.

Betul ke ada telco bagi data unlimited dan panggilan unlimited (tanpa had) ke semua rangkaian?

Mungkin lah betul.

🔴BOLEH KE KONGSI DATA? TAK BOLEH??eh2 kesiannya😂😂😂😂..

Bab data dan panggilan tanpa had ni saya pernah terbaca terma dan syarat yang telco berkenaan tu, ada yang valid hanya pada tempoh promosi, ada yang valid pada rangkaian mobile sahaja dan lain-lain.

Tidak termasuk data yang tidak boleh dikongsi, dibawa kedepan dan dihotspot.

Biasanya pakej Unlimited ini diberikan pada plan pascabayar sahaja. Yang mana bayaran komitmen bulanan serendah RM8 sehingga ke RM78.

Untuk plan dengan bayaran komitmen yang rendah pastikan banyak kekangan yang dihadapi sebagai pengguna smartphone pada zaman ini.

Dan komitmen dengan bayaran yang agak premium pula sudah semestinya dapat keistimewaan data dan panggilan tanpa had. Unlimited.

🔴KENAPA DIKATAKAN MEMBAZIR?🔴

Cuba semak kembali penggunaan bulanan. Periksa dalam masa sebulan, berapa minit panggilan yang dibuat? Berapa Gigabyte data yang digunakan?

Untuk lebih tepat tentang corak penggunaan data internet dan panggilan, ambil data selama 3 bulan.

Adakah anda betul-betul telah menggunakan kesemuanya (data dan panggilan) secara optimum?

Banyak kes berlaku ye, kebanyakkan orang setuju melanggan pelan unlimited yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telco di luar sana tu adalah disebabkan terma unlimited dan percuma.

Minda telah diserang dengan satu alasan “aku dapat jimat” yang dicipta oleh otak dengan perkataan unlimited itu. Terus setuju.

Rupanya, bila dikaji balik sebulan cuma guna data 10Gb. Panggilan pula tak sampai 5 jam. Malah ada yang tak buat panggilan langsung padahal tawarannya adalah panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Belum lagi saya ceritakan bagaimana data yang besar dan murah (kononnya) tapi penggunaan cuma 2gb sahaja sebulan.

Contoh data yang ditawarkan adalah 45Gb sebulan dengan harga RM50. Tapi purata penggunaan data yang digunakan adalah sekitar 3-5Gb sahaja sebulan.

🔴MANA PEMBAZIRANNYA?🔴

Ya, data yang selebihnya tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Malah lebih malang, data itu tidak boleh dikongsi atau dihotspot kepada kawan dan ahli keluarga.

Ini baru dikatakan membazir.

Komitmen bulanan bayar bil telefon unlimited data dan panggilan RM78 sebulan. Kalau 10 bulan dan RM780. Bayaran ni wajib setiap bulan. Tak bayar kalu, kasi potong itu talian.

Sama juga dengan prepaid yang tawarkan pakej data besar. Belum lagi cerita rangkaian yang selalu E ataupun signal tunjuk 4g tapi line macam siput.

Pulak tu setiap bulan wajib topup atau bayar bil. Kalau tak nanti validity sim tamat, nombor tak dapat digunakan.

Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu