Cukai SST Dikecualikan Untuk Prabayar Bermula 6 September 2018
Kerajaan telah mengumumkan SST dikecualikan untuk perkhidmatan prabayar (prepaid) bermula 6 September 2018. Dengan pembatalan cukai SST ini, bermakna pengguna ONEXOX Prepaid yang membeli tambah nilai (topup) akan menerima kredit sepenuhnya ke akaun mereka dan tidak ditolak jumlah kredit seperti beberapa hari kebelakangan ini.
Pengumuman ini semestinya menggembirakan ramai pengguna ONEXOX Prepaid seluruh negara. Sekaligus memudahkan proses pembelian dan tambah nilai untuk perkhidmatan prepaid yang digunakan.
Walau bagaimanapun, untuk pengguna warganegara asing yang menggunakan ONEXOX Prepaid, caj SST 6% dikekalkan. Namun, penolakan kredit hanya akan dibuat selepas 24 jam. Tiada sebarang rebat akan diberikan.
SST Untuk ONEXOX BLACK
Bagi pelan ONEXOX BLACK, caj SST 6% akan dikenakan. Caj ini dikenakan bagi setiap perkiraan bil bulanan sahaja. Walaupun dikenakan caj SST, namun pihak syarikat akan memberi rebat dalam bentuk minit panggilan berdasarkan nilai SST 6%. Bagi pembayaran pertama (Advance Payment) tiada sebarang caj tambahan SST dikenakan.
Berikut contoh mudah kaedah pemberian rebat minit ini dibuat:
ONEXOX BLACK B10
Caj Bulanan: RM10
SST: RM10 X 6% = RM0.60
Jumlah Bil Perlu Dibayar = RM10.60
Pengguna akan dapat: RM10 X 0.4 (formula minit) = 4 minit
ONEXOX BLACK B59
Caj Bulanan: RM59
SST: RM59 X 6% = RM3.54
Jumlah Bil Perlu Dibayar = RM62.54
Pengguna akan dapat: RM59 X 0.4 (formula minit) = 23.6 minit (dibundarkan menjadi 24 minit)
Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu